SEJARAH DAN KEGIATAN

LOKASI DAN BINAAN: DI ATAS LOT 1351.1352.1364.1365.1366 DAN 1367

Sekolah ini dibina pada 15.2.1992 dan siap pada 21.12.1992 dan diserah kepada
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada 8.2.1993. Sekolah ini dibuka untuk
sesi persekolahannya pada 22.6.1993 bersamaan Tahun Hijrah 1414.

Awalnya murid-murid sekolah ini adalah hasil dari perpindahan blok dari 7 sekolah 
yang berhampiran dan mempunyai alamat di taman Setiawangsa.Bilangan murid pada tarikh 
pembukaan ialah seramai 590 orangdengan 29 orang guru. 70% dari mereka adalah 
anak-anak angkatan tentera dan polis,20% dari mereka adalah anak-anak pekerja swasta/pegawai 
kerajaan dan 10% dari mereka dari keluarga yang berpendapatan tinggi.

Guru Besar pertama ialah En.Mohamad Bin Mohamad Nor dan GPK 1 ialah Y.M Raja Amzah.
GPK H.E.M. ialah Puan Hajjah Patimah Bt Mahmad, sementara GPK KK ialah 
Puan Hajjah Sabariah Bt Nik Jaafar. Pada 16.4.94, En.Mohammad telah bertukar dan 
tempat beliau telah digantikan oleh Y.M Raja Amzah Bin Raja Sohot. Sebelum itu 
Y.M Raja Amzah juga telah bertukar ke Sek.Keb.Polis Depot.Pada masa itu 
En. Che Lamin telah dilantik menjadi GPK 1 sementara GPK KK ialah 
Puan Hajjah Nik Sabariah Nik Jaafar.Pada 16.4.1994 Y.M Raja Amzah teklah bersara 
dan En.Zakaria Bin Mohd Jana adalah pengganti beliau dan mula bertugas pada 16.10.95.
Selepas sekolah ini dinaikkan tarafnya, En.Zakaria telah bertukar ke
Sek.Ren. Keb.Padang Tembak dan telah diambil alih pula oleh 
En.Ruslan Bin Madon pada 16.1.1998.

Sepanjang sekolah ini dibuka berbagai-bagai kejayaan telah di tempa. Pada tahun 
pertama pembukaan sekolah tersebut (1994), seramai 4 orang telah mendapat4A 
dalam UPSR dan jumlah ini meningkat ke 20 orang pada tahun 1995 dan 
35 orang pada tahun 1996.

Di bidang sukan pula,SKTS berjaya melahirkan ramai pelajar yang berbakat
dalam lapangan sukan seperti mewakili bolasepak di peringkat Wilayah. Manakala 
pasukan Bola Tampar dan Hoki pernah menjadi Johan.


                                                   


KEMUDAHAN

Sekolah ini mempunyai 2 blok iaitu A dan B. Antara kemudahan yang ada pada peringkat awal 
di blok A ialah 23 bilik darjah, pejabat dan bilik guru. Manakala Pusat Sumber terdapat 
di Blok B. Pada masea sekarang terdapat banyak penambahan seperti makmal komputer, kedai 
buku, bengkel kemahiran hidup dan juga laluan bacaan .

Manakala di blok B pula terdapat Makmal Komputer, Makmal Sains, Surau, Bilik Buku Simpanan 
Buku Teks dan bilik darjah.Bilik Bimbingan dan Kaunseling telah dibina bersebelahan dengan 
bilik kebudayaan sekolah.

Pada peringkat awal, cuma sesi pagi sahaja yang dijalankan. Tetapi penambahan murid yang 
semakin ramai menyebabkan sekolah sesi petang dibuka bagi menampung pelajar yang seramai 2110. 
Tugas Penyelia Petang telah diamanahkan kepada Puan Marziah Bte Ismail. Selepas beliau 
terdapat 3 orang yang memegang jawatan tersebut. Mereka ialah Puan Zainon Bte Ahmad diikuti 
pula oleh Hajjah Aminah bte Abdullah dan sekarang ialah Cik Jamaliah Jamil.

PIBG sekolah ini diketuai oleh Tuan Haji Tajudin  bin Ibrahim yang mana mereka ini 
banyak menyumbang kepada kecermerlangan sekolah SKTS dan menjamin kejayaan yang berterusan.


Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa

skts@angelfire.com
Taman Setiawangsa
kuala lumpur 54200
Malaysia


go to..

main page:

powered by lycos Search: Tripod The Web  
Software Search